Bagaimana Memperolehi Limpahan Rahmat Allah?

Limpahan Rahmat atau kasih sayang Allah adalah satu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Ia satu anugerah yang paling besar di dunia dan di akhirat kerana dengan rahmat ini seseorang akan terpilih untuk memasuki syurgaNya.

 

Antara 3 Rahsia Yang Telah Dibongkar Oleh Penulis Sebelum Ini.

Ebook keempat ini bagi beliau adalah yang terpenting kerana...

Zahidan Abdul Aziz

“…Setelah saya kaji dan amat-amati, tajuk “rahmat” (RahmatAllah.com) adalah yang terpenting, lebih penting dari mencari rezeki, lebih penting dari bersedekah, lebih penting dari menjadi kaya, kerana tanpa rahmat Allah, terpelantinglah kita walaupun amalan setinggi gunung.”

Zahidan Abd Aziz

 

Sia-sialah  hidup jika tidak mendapat rahmat Allah. Kekayaan dan rezeki tidak berkat, habis seperti air yang mengalir tanpa meninggalkan bekas. Harta benda yang sepatutnya menjadi kebahagian, kini menjadi fitnah dan sumber kesengsaraan. Anak-anak memberontak menjadi sumber fitnah, hasutan dan dengki-mendengki, bukan lagi sumber inspirasi, dan bukan lagi sumber ketenangan. Isteri pula menjadi sebab bertambahnya dosa dan bukan menjadi sebab mengalirnya pahala, ketenangan dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah.)

Persoalannya... Dimanakah kita boleh perolehi Rahmat Allah?
Apakah caranya?
Siapakah golongan yang Allah pilih (berdasarkan al-Quran dan Hadis) untuk mendapat RahmatNya?

 

Dalam ebook ini beliau paparkan apa yang dimaksudkan rahmat Allah berdasarkan al-Quran dan hadis. Apakah amalan yang membolehkan kita sampai kepada rahmat Allah. Apakah halangan-halangannya, serta apakah doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendapat rahmat Allah sebagaimana yang dipohon oleh para Nabi.

Limpahan Rahmat Allah itu terlalu banyak hinggakan kita tidak dapat menyedarinya. Selain makanan yang kita makan, rahmat Allah juga terkandung di dalam pakaian yang kita pakai, rumah kediaman, bulan, matahari dan bintang yang menerangi alam, angin yang menyejukkan, tanam-tanaman yang menghijau dan menjadi makanan yang enak, kenderaan, buah-buahan, udara yang nyaman di pergunungan, deria penglihatan, bau dan rasa, perasaan cinta dan takjub akan keindahan umpamanya, gambira, berkeluarga, keriangan dalam bersahabat, rezeki, keni’matan bersuami isteri, percintaan dan sebagainya.

Namun begitu... Masih ada orang yang tidak mendapat Rahmat Allah

Orang Yang Tidak Mendapat Rahmat Ialah Orang Yang Paling Rugi

Diantara orang yang paling rugi ialah orang yang telah disesatkan hatinya oleh syaitan sehinggakan dia merasa rugi sekiranya dia bersedekah, orang yang menentang hukum Allah, orang yang zalim, munafik, orang yang mencintai dunia, pembawa fitnah dan golongan yang berpecah belah. Bagi pemimpin pula, mereka terdiri dari orang yang tidak melayan orang miskin dan membiarkan orang yang dizalimi. Golongan ini Allah telah laknat kerana mereka engkar atas perintah Allah di dalam al-Quran

Usahlah tergolong di dalam golongan ini... Cubalah berusaha untuk menjadi orang-orang yang beruntung..

Siapakah Orang yang Beruntung?

Orang yang beruntung pula ialah orang yang menjaga solatnya, tidak berputus asa dari rahmat Allah, beristighfar, sabar, orang yang menyayangi anak, orang yang menyayangi penduduk bumi, orang yang menuntut ilmu, orang yang bertawakal kepada Allah, orang yang beriman dan membelanjakan harta nya ke Jalan Allah.

 

Pintu Rahmat Bagi Orang Yang Berdoa

Sesungguhnya rahmat ialah pemberian yang besar dari Allah S.W.T.  Oleh yang demikian hendaklah kita benar-benar berdoa agar kita juga termasuk orang yang diberi rahmat supaya membolehkan kita memasuki syurga Allah dengan rahmatNya.

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi mahupun yang belum terjadi dan tidak ada yang menolak ketetapan selain doa, maka berdoalah kamu wahai hamba Allah.” (Hadis Riwayat Abdullah bin Umar)

 

Jika Anda Menjauhi Allah, Allah akan Memenuhi Hati Anda dengan Kefakiran.

Janganlah menjauhi Allah, sebaliknya dekatkan lah diri Anda dengan Allah. Bukalah pintu-pintu RahmatNya. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

“Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Singkap Rahsia Di Sebalik Rahmat Allah Sekarang!

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci, dapatkanlah ebook ini. Lebih banyak rahsia tentang Rahmat Allah akan dibongkarkan di dalam ebook ini. Harga ebook ini hanyalah RM27 sahaja.

 

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd. 
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625